Wednesday

BBM3410-2021-MINGGU 1A

Hai. Assalamualaikum. Selamat pagi kepada semua yang terbuka hatinya untuk baca blog aku. Untuk permulaan ni, aku nak perkenalkan diri terlebih dahulu, supaya semua kenal aku. Tak kenal, maka tak cinta kata orang ramai kan? Baiklah. Nama diberi Nur Amira Hamiza Binti Samsol. Yang berumur 22 tahun dan merupakan anak tunggal. Untuk pengetahuan semua, aku adalah anak jati Sarawak. Yang dari Sarawak tu kalau ada baca blog ni, aku cuma nak bagitahu " Kitak nang best! ". 


Berbalik dengan latar belakang aku, aku merupakan seorang pelajar lepasan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Saribas Debak, Sarawak. Dan sekarang, alhamdulillah sambung pulak menuntut pengajian di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Aku pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Mana suara budak FBMK? Kita geng! Aku minat bahasa. Dan dipendekkan cerita aku pelajar Bacelor Sastera Linguistik Melayu dan Bahasa iaitu ambilan sesi 19/20 dan sekarang dah tahun kedua, semester 4. Sebagai seorang pelajar, lazimnya semua ada nombor pelajar kan? Nombor pelajar aku pulak ialah 203010.


Rasanya, cukup sampai di sini sahaja untuk bahagian perkenalan diri aku. Terima kasih bagi yang sudi menjenguk laman blog aku. Selamat berkenalan semua!💓


Nur Amira Hamiza Binti Samsol / 203010





1 comment:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini merupakan posting bagi menyenaraikan tajuk tugasan sepanjang mengikuti kuliah kursus BBM3410 Multim...