ASAS GRAFIK-WARNA (INTERNET)-TAMING SARI
Elemen : Warna (Internet)
Tema : Minuman
Huraian : Gambar di atas mempunyai elemen warna. Hal ini kerana
kombinasi warna yang terdapat dalam gambar tersebut sesuai. Gambar tersebut
mempunyai tiga warna sahaja, iaitu, warna oren, putih dan biru. Foto tersebut
jelas dan menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan
kepada gelas yang mempunyai jus oren dan warna pada teks juga sesuai kerana ia
membolehkan seseorang membaca dengan sepintas lalu.
Rujukan : https://images.app.goo.gl/m7V3FnURVr9rkkEfA
Tema : Papan Iklan
Huraian : Gambar tersebut
mengetengahkan eleman warna. Gambar yang dipaparkan telah memberikan fokus
kepada satu warna sahaja. Hal ini dikatakan demikian kerana, penggunaan warna
hijau untuk telefon dan latar belakang papan iklan tersebut. Penggunaan satu
warna ini juga memainkan peranan untuk menarik perhatian khalayak kerana ianya
merupakan salah satu elemen asas grafik juga. Walau bagaimanapun, terdapat
penggunaan warna hitam juga ditekankan.
Elemen : Warna (Internet)
Tema : Poster
Huraian : Gambar poster ini sangat unik. Perkara pertama yang
menarik perhatian ialah kewujudan api pada latar belakang poster serta
ditekankan lagi dengan pemilihan warna yang agak terang. Mesej pada teks yang
bertajuk ‘Fireworks’ berkait rapat dengan warna api yang melambangkan konsep
utama pada poster ini. Jelaslah, gambar ini termasuk dalam elemen warna kerana
penggunaan warna api yang sangat menonjol.
Rujukan : https://twitter.com/ATEEZofficial/status/1364500320286564355/photo/1
Elemen : Warna (Internet)
Tema : Makanan
Huraian : Foto di atas memaparkan iklan promosi jualan makanan yang lebih mengetengahkan elemen warna dalam elemen asas grafik. Pemilihan warna dominan yang dipilih adalah warna biru, putih dan kuning. Ketiga-tiga warna ini, telah digunakan sepenuhnya dalam pembuatan foto tersebut. Latar berwarna biru gelap telah membantu menaikkan tulisan yang berwarna putih dan kuning yang bersifat terang. Dari segi warna yang dipilih, foto ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang sangat menyerlah dan terlihat sangat kemas serta berpadanan dengan tiap-tiap objek dan teks di dalamnya.
Rujukan : https://www.freepik.es/psd-premium/plantilla-portada-restaurante-facebook_8607280.htm
Elemen : Warna (Internet)
Tema :
Makanan
Huraian : Grafik di atas mengetengahkan elemen warna. Penggunaan
warna yang digunakan dalam grafik adalah sesuai dan minimalis. Penggunaan warna
terang pada item yang difokuskan membantu menyerlahkan item dalam grafik
tersebut. Grafik tersebut memfokuskan kepada gambar makanan yang diiklankan.
Rujukan : https://i.pinimg.com/originals/e2/7a/89/e27a89feb6741d1f3648480271862af6.jpg
Elemen : Warna (Internet)
Tema : Sayur-sayuran
Huraian : Kombinasi warna yang
digunakan dalam gambar di atas ialah warna merah, warna hijau, warna coklat dan
warna putih. Warna yang digunakan adalah warna-warna yang terang dan dapat
menarik perhatian orang ramai untuk melihat gambar tersebut. Warna-warna yang
digunakan ini sesuai dengan mesej yang mahu disampaikan iaitu sayur-sayuran
bagi penggemar sayur. Oleh itu, mesej yang disampaikan dapat diterima oleh
individu yang melihat dengan baik tanpa seberang kekeliruan.
Rujukan : http://cenerico.com/img/portfolio/bb6.jpg
Elemen : Warna (Internet)
Tema : Siaran Televisyen
Huraian : Gambar iklan siaran televisyen di atas menunjukkan
elemen asas grafik warna. Hal ini kerana terdapat penggunaan warna yang terang
akan menarik perhatian orang ramai semasa melalui kawasan tersebut. Secara
umumnya, grafik yang wajar tidak harus mengandungi lebih dari tiga warna. Dalam
konteks gambar iklan di atas, ia mempunyai tiga warna dominan, iaitu kuning,
jingga, dan putih. Gabungan warna panas dan sejuk akan meningkatkan lagi daya
fokus orang ramai terhadap gambar iklan tersebut.
Rujukan : https://images.app.goo.gl/sNQAW2evbKUuxb3M7
Elemen :
Warna (Internet)
Tema :
Kenderaan
Huraian :
Gambar tersebut mengetengahkan eleman warna. Hal ini kerana, penggunaan eleman
warna yang tidak berlebihan menyerlakan lagi grafik yang ingin ditonjolkan.
Warna biru yang digunakan pada kereta menjadi focus pada grafik ini. Oleh itu,
grafik ini lebih mengetengahkan elemen warna untuk menarik perhatian.
Rujukan : https://www.charlottemclaren.com/imagetag/371/main/l/New-2020-McLaren-720S-Spider-Performance.jpg
Elemen : Warna (Internet)
Tema :
Pemandangan
Huraian : Gambar pemandangan di atas menunjukkan kombinasi warna
yang menarik dan memperlihatkan suasana yang tenang bagi sesiapa sahaja yang
melihatnya. Gabungan warna yang serasi dan sentiasa dilihat di kebanyakan
pantai. Pemandangan di pantai yang memaparkan keindahan langit. Ini adalah
pemandangan di pantai yang sebenar.
Elemen : Warna
Tema :
Kesihatan
Huraian : Elemen yang diketengahkan dalam gambar ini ialah elemen
warna. Antara warna yang menjadi fokus utama dalam gambar ini ialah hitam,
putih, jingga, dan merah. Kombinasi warna ini memainkan peranan penting dalam
menyampaikan mesej kepada kelompok sasaran iaitu perokok. Oleh itu, penggunaan
warna dapat memberi impak yang kuat kepada masyarakat.
Rujukan : https://images.app.goo.gl/N28QncRhqj2YcqqC6
ASAS GRAFIK- WARNA (AMBIL SENDIRI)-TAMING SARI
Elemen : Warna (Ambil Sendiri)
Tema : Kanak-kanak
Huraian : Gambar di atas mempunyai elemen warna. Hal ini kerana
kombinasi warna yang terdapat dalam gambar tersebut sesuai. Gambar tersebut
mempunyai lebih daripada tiga warna, iaitu, warna merah, hijau, coklat dan
kelabu. Foto tersebut mempunyai lebih daripada tiga warna kerana terpulang
kepada mesej yang hendak disampaikan. Warna-warna dalam foto tersebut jelas
menunjukkan seorang kanak-kanak berbaju dan bertudung merah sedang duduk di
sebuah kawasan rekreasi. Dalam foto tersebut seseorang akan terus memfokuskan
kanak-kanak berbaju dan bertudung merah itu kerana warna merah yang menyerlah
daripada warna latar belakang foto tersebut.
Elemen : Warna (Ambil Sendiri)
Tema : Ketenangan
Huraian : Gambar tersebut
mengetengahkan eleman warna. Meskipun gambar yang dipaparkan mempunyai beberapa
elemen asas grafik tetapi elemen tersebut lebih memberatkan kepada elemen
warna. Hal ini dikatakan demikian kerana, gambar tersebut mempunyai kombinasi
warna yang menarik. Beberapa kombinasi warna digunakan bagi memfokuskan sesuatu
grafik seperti warna hijau untuk pokok, warna biru dan putih untuk langit dan
awan serta warna jingga untuk sinaran matahari.
Elemen : Warna (Ambil Sendiri)
Tema : Album
Huraian : Rekaan album ini sangat menarik perhatian kerana ianya agak unik. Kombinasi warna biru muda, biru gelap dan putih dapat menarik perhatian orang ramai. Teks yang digunakan agak kecil berbanding corak warna yang ketengahkan. Maka jelaslah, album ini termasuk dalam elemen mudah kerana menggunakan warna yang pelbagai untuk menyapaikan mesej.
Elemen : Warna (Ambil Sendiri)
Tema : Tumbuhan
Huraian : Elemen asas grafik yang paling menonjol di dalam foto di
atas ialah elemen warna. Warna dominan yang difokuskan di dalam foto ialah
warna hijau, putih, dan biru, manakala, warna pink pada bunga dan warna oren
pada rama-rama merupakan warna tambahan yang membantu menghidupkan suasana di
dalam foto. Bunga yang berwarna putih terlihat lebih menyerlah disebabkan latar
berwarna hijau gelap. Foto ini jelas
menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah serta memfokuskan kepada
bunga, daun dan langit.
Elemen : Warna (Ambil Sendiri)
Tema :
Pemandangan
Huraian :
Imej di atas mengetengahkan elemen warna. Berdasarkan imej tersebut warna yang terdapat pada imej adalah sangat
minimalis dan sedikit iaitu warna biru langit, awan yang putih dan kekuningan
serta warna pokok yang gelap. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa imej
tersebut diambil ketika waktu senja. Oleh yang demikian, penggunaan warna yang
sesuai dan minimalis dalam sesuatu gambar akan menarik perhatian orang yang
melihat gambar tersebut.
Elemen : Warna (Ambil Sendiri)
Tema : Perhiasan
Huraian :
Kombinasi warna yang digunakan dalam gambar di atas ialah warna kuning,
warna hijau, warna coklat dan warna putih. Warna yang digunakan merangkumi
warna gelap dan warna terang yang dapat menyerlahkan keindahan gambar tersebut.
Warna-warna yang digunakan ini sesuai dengan mesej yang mahu disampaikan iaitu
bunga yang dijadikan perhiasan dalam rumah. Oleh itu, mesej yang disampaikan
dapat diterima oleh individu yang melihat tanpa keraguan.
Elemen : Warna (Ambil Sendiri)
Tema : Pemandangan di Laut
Huraian : Gambar ini menunjukkan elemen asas grafik warna. Hal ini
kerana elemen warna tersebut menonjolkan lagi aspek keindahan gambar
pemandangan ini. Warna dalam gambar ini terdiri daripada warna sejuk, iaitu
biru, putih dan sedikit elemen warna lain seperti kelabu dan hitam yang
memberikan gambaran jelas tentang suasana di laut. Pantulan warna biru langit
menghasilkan pemandangan warna biru laut yang menenangkan.
Elemen : Warna (Ambil Sendiri)
Tema :
Pencuci mulut
Huraian : Gambar ini lebih memberatkan kepada eleman warna. Hal
ini kerana, kombinasi tiga warna yang tidak berlebihan menyerlakan lagi watak
yang ingin ditonjolkan. Warna merah pada watak yoghurt yang digunakan mencuri
tumpuan orang yang melihatnya. Oleh itu, elemen warna yang diketengahkan dalam
gambar ini menyampaikan mesej dengan baik.
Elemen :
Warna
Tema :
Bunga
Huraian : Gambar di atas menunjukkan gambar bunga matahari yang
berwarna kuning serta bungkusannya yang berwarna putih menonjolkan lagi warna
bunga tersebut. Bunga matahari adalah lambang bagi kesetiaan dan kepatuhan
terhadap seseorang atau sesuatu. Maka. Bunga matahari adalah salah satu hadiah
yang sesuai untuk diberi kepada sesiapa sahaja. Warnanya yang cantik,
menjadikan ia sebagai salah satu kegemaran ramai.
Elemen :
Warna (Ambil Sendiri)
Tema :
Penjagaan Kulit
Huraian : Elemen yang diketengahkan dalam gambar ini ialah elemen warna. Berdasarkan gambar, warna yang dipilh dalam gambar ini ialah kuning, kelabu, dan hitam. Warna kuning ditonjolkan untuk menyerlahkan produk pelindung matahari. Warna kuning juga sebagai simbol matahari. Oleh itu, penggunaan warna kuning dalam gambar ini memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat.
KETUA: NUR AMIRA HAMIZA BINTI SAMSOL (203010)
PENOLONG: SITI SHAHIRAH BINTI AB GHANI (201814)
No comments:
Post a Comment