Wednesday

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2009). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Penerbit UMT, Kuala Nerus.

Cerita Sosial 2:

Berdasarkan Cerita Sosial 2 iaitu Saya yang istimewa, cerita ini mengisahkan tentang kehidupan seorang anak yang baik. bapa Alim telah membelikan banyak buah-buahan tempatan di pasar tani pada hari Ahad yang lalu. Bapa Alim tahu bahawa buah-buah tempatan itu merupakan kesukaan anak-anaknya. Alim, Aisyah, Madinah dan Imran sangat gemar memakan buah-buahan tempatan. Setelah pulang dari membeli buah-buahan tersebut, bapa Alim mengatakan kepada mereka bahawa dia telah membelikan buah-buahan. Lantaran itu, bapa Alim mengajak anak-anak serta isterinya untuk makan bersama-sama. Kelihatan mereka teruja akan buah-buahan yang dibelikan terutamanya Madinah. Madinan melompat-lompat tanda gembira setelah mendengar bapanya membelikan buah-buahan tempatan untuk mereka sekeluarga. Aisyah pun lalu memilih buah kegemarannya iaitu manggis. Sebelum makan buah tersebut, ibu Alim telah mengingati kepada mereka untuk membuang kulit buah tersebut ke dalam bakul sampah yang telah disediakan. Semua anak-anaknya menggangguk tanda faham akan arahan yang diberikan. Sedang asyik menikmati buah-buahan, Alim dengan baik hatinya ingin berkongsi buah tersebut dengan Sulaiman. Ibu Alim kagum akan perbuatan Alim yang ingat dengan pesanan bapa dan ibunya iaitu sentiasa berkongsi makanan atau barang kepada orang lain merupakan satu perbuatan yang baik. Tanpa membuang masa, ibu Alim terus mengasingkan buah-buah tersebut untuk diletakkan ke dalam plastik. Sambil ibunya meletakkan buah tersebut ke dalam plastik, ibunya memaklumkan kepada Alim bahawa Sulaiman sedang menyiram bunga di luar rumahnya. Alim terus berlari untuk memberi buah itu. Dan sampai sahaja di depan rumah Sulaiman, Alim pun memberikan buah-buah yang diletakkan di dalam plastik merah itu kepada Sulaiman. Sulaiman mengucapkan terima kasih. Nampaknya, Sulaiman gembira dengan sifat Alim yang suka berkongsi makanan dengannya. Alim pun senang untuk berkongsi makanan atau barang dengan Sulaiman kerana Sulaiman merupakan kawannya yang baik. Selain itu, ibu dan bapa Sulaiman pun merupakan orang yang baik-baik juga. Setelah makan buah-buahan bersama keluarganya, Alim dengan sifat ringan tulangnya menolong adik – beradik iaitu Imran, Madinah dan Aisyah serta ibunya untuk mengemaskan dan membuang kulit buah-buahan tersebut. Semasa membuang sampah ke dalam tong sampah, Alim pun terserempak dengan Mak  Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman yang sedang leka menyapu lantai di luar rumahnya. Mak Cik Timah juga berterima kasih kepada Imran di atas pemberian buah-buahan itu kepada Sulaiman tadi. Lalu Alim pun menyambut ucapan terima kasih Mak Cik Timah dengan mengulangi semula pesanan ibunya iaitu berkongsi makanan atau barang kepada orang lain adalah satu perbuatan yang baik. Tmabh lagi, Mak Cik Timah kagum akan sifat yang dimiliki oleh Imran. Alim anak yang baik dan mempunyai sifat pemurah dan rajin. Alim kehairanan melihat Mak Cik Timah kelihatan sedih. Rupa-rupanya, Mak Cik Timah bukannya sedih, tetapi Mak Cik Timah gembira kerana Alim baik dengan anaknya, Sulaiman. Mak Cik Timah mengatakan sedemikian sambil memandang ke arah anaknya, Sulaiman yang sedang membasuh basikal kecilnya itu. Alim pun merasakan bahawa Sulaiman itu kawan yang baik, dan layak untuk mendapatkan layanan yang baik daripadanya. Perbualan mereka terhenti begitu sahaja apabila Alim memberi isyarat melambai ke arah Mak Cik Timah dan lalu masuk ke rumah. Kekaguman Mak Cik Timah terhadap Alim sehinggakan Mak Cik Timah mendoakan kesejahteraan dan kesihatan terhadap Alim dan sekeluarga.


Bukti kehadiran kuliah amali minggu ke 3 (08 April 2021)


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini merupakan posting bagi menyenaraikan tajuk tugasan sepanjang mengikuti kuliah kursus BBM3410 Multim...