Rujukan: Normaliza Abd. Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Over
the shoulder
Over
the shoulder pula merupakan satu kaedah penggambaran yang melibatkan gambaran
seseorang di sebalik bahu orang lain. Teknik ini memerlukan dua watak untuk
berjaya dijadikan sebagai penggambaran over the shoulder. Jarak kamera tersebut
perlu diletakkan hampir dengan bahu seseorang sambil memfokuskan kepada manusia
di hadapannya.
Kredit: Siti Fairuz Binti Samsudin
Lokasi: Depan Rumah
Huraian: Gambar ini menggunakan teknik over the shoulder. Hal ini disebabkan oleh, orang yang mengambil gambar ini meletakkan kameranya berhampiran dengan bahu seseorang dan memberikan lebih fokus kepada watak perempuan yang bercermin mata.
Kredit: Anis Syazwina
Lokasi: Dewan Kolej 12, UPM
Huraian: Gambar ini menggunakan teknik penggambaran over the shoulder. Gambar yang dipaparkan adalah seorang perempuan yang cuba mengajak seekor kucing untuk bergambar.
Kredit: Siti Fairuz Binti Samsudin
Lokasi: Fakulti Bahasa Melayu dan Komunikasi, UPM
Huraian: Gambar ini menggunakan teknik penggambaran over the shoulder. Hal ini disebabkan oleh seseorang mengambil gambar dari arah belakang bahu rakannya.
Kehadiran Kuliah Minggu 4 (12 April 2021)
No comments:
Post a Comment