Wednesday

BBM3410-2021-MINGGU 5-DILEMA PENGEMBARA

KREDIT: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

LINK: https://www.youtube.com/watch?v=bQCPNh8Es1o


Berdasarkan perkongsian daripada Dr. Siti Nur Aliaa Roslan, beliau merupakan seorang pensyarah di salah sebuah universiti di Malaysia. Dengan berlapang dada, beliau telah menceritakan serba sedikit mengenai pengembara. Oleh itu, sembang tamu pada hari ini mengenai tajuk Dilema Pengembara. Semasa perkongsian ini berlangsung, Dr Aliaa menyatakan bahawa beliau seorang pengembara. Hal ini dikatakan demikian kerana, sejak kecil lagi beliau sudah menjadi seorang pengembara kerana mengikuti segala aktiviti yang dilakukan oleh keluarga. Pendek kata, Dr Aliaa serta sekeluarga minat mengembara dari satu tempat ke satu tempat. Bahkan, Dr. Aliaa telah mengembara ke 21 buah negara. Pada umurnya mencecah belasan tahun, beliau telah menjejak kaki di luar negara akibat mengikuti ibunya yang belajar di United Kingdom. MasyaAllah perkongsian Dr. Aliaa ini memang membuat saya teruja sekali. Selain itu, dalam perkongsian ini juga, Dr. Aliaa mendedahkan bahawa kita semua adalah pengembara. Mengembara ke suatu tempat yang bukan tanah asal adalah merupakan satu aktiviti mengembara. Seterusnya, Dr. Aliaa juga berkongsi beberapa tips untuk menjadi seorang pengembara atau tips untuk mengembara ke suatu tempat. Antaranya ialah, mengkaji terlebih dahulu tempat yang ingin dilawati, semasa mengembara perlu membawa benda asas iaitu ubat-ubatan serta semasa berada di tempat orang, kita perlu buang rasa malu untuk bertanya. Hal ini kerana untuk memudahkan kita mendalami setiap tempat yang diterokai. Sampai di sini sahajalah penulisan blog saya kali ini. Perkongsian daripada Dr. Aliaa mengenai dilema pengembara sangat menarik perhatian saya kali ini.


Bukti Kehadiran Kuliah Minggu 4
Amira Hamiza

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini merupakan posting bagi menyenaraikan tajuk tugasan sepanjang mengikuti kuliah kursus BBM3410 Multim...