Sunday

BBM3410-2021-MINGGU 7-VIDEO SETEMPAT

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia


VIDEO SETEMPAT

Link: https://youtu.be/VSX4XAZrg4Q


VIDEO SETEMPAT:

Hai! Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak selitkan sedikit video setempat untuk yang setia melihat blog saya. Sebelum itu, elok kiranya saya ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.  Video setempat adalah merupakan video yang diambil pada kedudukan yang statik ataupun tidak berubah-ubah oleh perakam iaitu saya sendiri. Saya nak kongsikan sedikit langkah-langkah semasa saya merakamkan suasana pada hari raya di rumah saudara iaitu dengan cara merakamkan video one shoot sahaja. Untuk makluman semua, video yang saya rakamkan merupakan video setempat iaitu saya hanya berada di satu tempat sahaja semasa membuat rakaman. Kedudukan yang tidak berubah-ubah membuatkan video tersebut dinamakan sebagai video setempat. Apa yang boleh saya nyatakan di sini, berdasarkan suasana di dalam video tersebut ia merupakan suasana pada hari raya pertama kami. Di daerah saya ada 3 buah kampung yang berdekatan dan aktiviti pada hari raya pertama adalah meraikan hari raya di sebuah kampung sahaja terdahulu. Berbalik semula kepada cara saya merakamkan video ini, selain daripada setempat video ini telah diedit dengan memasukkan lagu yang bertemakan hari raya untuk mencantikkan lagi video setempat tersebut. Sekian daripada saya, selamat menontot ya!



Kehadiran Kuliah Minggu 7 - Nur Amira Hamiza Binti Samsol (203010)


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini merupakan posting bagi menyenaraikan tajuk tugasan sepanjang mengikuti kuliah kursus BBM3410 Multim...