Elemen Keseimbangan (Internet)
i.
Gambar 1
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Gambar di atas mempunyai
elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana pemberatan dalam gambar
tersebut seimbang. Dalam gambar tersebut, ruang kiri papan iklan tersebut
mengandungi teks dan ruang kanan pula mengandungi gambar roti bun yang besar
yang dapat mengimbangi teks di ruang sebelah kiri. Margin atas dan bawah dalam
papan iklan tersebut juga sama dan seimbang.
Rujukan:
https://cdn2.f-cdn.com/contestentries/1420651/18874083/5ba8f4e8d67ce_thumb900.jpg
ii.
Gambar 2
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Grafik di atas menunjukkan elemen
keseimbangan. Imej burger dengan perkataan adalah seimbang dan saiz ketinggian
yang sama besar. Imej burger dan perkataan adalah seimbang dari segi ruang
bahagian kiri dan kanan serta atas dan bawah. Oleh itu, grafik ini boleh
menarik perhatian orang yang melihatnya.
iii.
Gambar 3
Elemen: Keseimbangan
Tema: Bunga
Huraian:
Keseimbangan yang terdapat di dalam gambar di atas dapat dilihat melalui
ruang kiri dan kanan, dan ruang atas dan bawah. Dalam gambar tersebut
menunjukkan imej bunga di tengah-tengah gambar. Ini memberikan keseimbangan
terhadap ruang kiri dan kanan, dan ruang atas dan bawah kerana pemberatan imej bunga
hanya ada ditengah-tengah. Oleh itu, keseimbangan yang terdapat dalam gambar
tersebut dapat memberikan keseragaman dalam gambar supaya nampak lebih kemas
dan menarik.
Rujukan:
https://images.app.goo.gl/dZzATbg8dSQ3rc249
iv.
Gambar 4
Elemen: Keseimbangan
Tema: Papan Iklan
Huraian: Gambar tersebut mengetengahkan eleman keseimbangan. Gambar ini
seimbang dari segi penggunaan ruang di bahagian kiri dan kanan serta teks yang
digunakan juga seimbang kerana telah dijustifikasi. Ruangan di bahagian atas
dan bawah gambar tersebut juga seimbang mengikut pemilihan warna yang gelap
pada kedua-dua bahagian tersebut. Penggunaan warna yang gelap dapat
menyeimbangkan gambar itu.
Rujukan:
http://www.imsonline.in/10-steps-to-create-an-effective-billboard-ads/
v.
Gambar 5
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Huraian: Gambar ini sangat menarik perhatian. Susunan
batu yang sama dapat menimbulkan prinsip keseimbangan iaitu sama ada antara
kiri dan kanan atau atas dan juga bawah. Tambahan juga batu yang berada di
bahagian tengah gambar kelihatan dominan berbanding pemandangan laut di
bahagian belakang. Jelaslah, gambar ini menekankan elemen keseimbangan.
Rujukan: https://nurcahyoadikusumo.com/keseimbangan-3h-dalam-hidup-dan-kehidupan-manusia/
vi.
Gambar 6
Elemen: Keseimbangan
Tema: Minuman
Huraian: Gambar ini menekankan elemen
keseimbangan dalam menyampaikan mesej. Hal ini kerana, penggunaan ruang yang
sangat padat dan sesuai dengan watak yang ada dalam gambar. Keseimbanggan
menyusun watak buah limau dan daun untuk memenuhi ruang kiri kanan dan ruanga
atas bawah menunjukkan gambar ini berat
kepada elemen keseimbangan. Oleh itu, gambar ini sangat menarik kerana
pembahagian ruang yang seimbang untuk menyampaikan mesej.
vii.
Gambar 7
Elemen: Keseimbangan
Tema: Produk
Huraian: Elemen asas grafik yang
paling menonjol dalam foto di atas ialah elemen keseimbangan. Objek diletakkan
di bahagian tengah pada setiap pecahan kotak mengikut tema warna yang
berbeza-beza iaitu, merah jambu, oren dan biru muda. Ruangan kosong pada
bahagian kiri, kanan, atas dan bawah untuk ketiga-tiga pecahan adalah sama dan
terlihat sangat seimbang. Latar berbentuk bunga diletakkan pada bahagian
belakang ketiga-tiga objek, dan bukannya satu atau dua sahaja agar ketiga-tiga
objek kelihatan sama dan seimbang meskipun di dalam kotak yang berbeza.
Rujukan: https://www.packagingoftheworld.com/2017/09/botanics.html?m=1
viii.
Gambar 8
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Huraian: Gambar di atas menunjukkan bukit dan gunung
yang berdiri tegak di antara sebatang sungai. Berlatarkan langit yang cerah.
Mampu menarik minat sesiapa sahaja yang memandang. Ianya mempamerkan
keseimbangan yang jelas.
ix.
Gambar 9
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Elemen yang
diketengahkan dari gambar ini ialah elemen keseimbangan. Elemen keseimbangan
ini ditentukan dari ruang yang terisi di sebelah kiri dan kanan. Perkataan
“Another episode? SNACK IT TO ME!” di letakkan selaras dengan bahagian atas pek
bungkusan. Manakala tulisan ‘Presented by ‘diletakkan sebaris dengan ruang
bawah pek bungkusan makanan. Oleh itu, gambar ini dapat kita kategorikan
sebagai elemen keseimbangan.
x.
Gambar
10
Elemen: Keseimbangan
Tema: Siaran Televisyen
Huraian: Gambar iklan siaran
televisyen di atas menunjukkan elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana
setiap ruang dalam gambar tersebut diseimbangkan dengan kehadiran imej dan teks
tertentu. Dalam konteks gambar ini, ruang sebelah kiri gambar memaparkan imej
lereng gunung seimbang dengan imej lereng gunung di sebelah kanan gambar. Di
sebelah atas pula terdapat teks ‘The Croods’ manakala di sebelah bawah terdapat
imej figura kartun. Maka, penggunaan latar belakang yang berwarna biru juga
diseimbangkan dengan imej hadapan gambar yang berwarna hijau.
Rujukan: https://images.app.goo.gl/zWowNDWL4fgcmUW36
Elemen Keseimbangan (Sendiri)
i.
Gambar 1
Elemen: Keseimbangan
Tema: Buku
Huraian: Imej di atas menunjukkan elemen keseimbangan pada buku. Tulisan pada buku tersebut menunjukkan keseimbangan
dalam ruang. Saiz ruangan kosong bahagian kira dan kanan serta bahagian atas
dan bawah pada buku adalah seimbang. Tiada apa-apa corak atau unsur grafik lain
hadir di antara ruangan kosong tersebut. Latar buku yang gelap menyerlahkan
warna teks yang cerah. Maka, teks seimbang dengan latar buku yang gelap.
ii.
Gambar
2
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Keseimbangan yang terdapat di dalam gambar di atas
dapat dilihat melalui ruang kiri dan kanan, dan ruang atas dan bawah. Dalam
gambar tersebut menunjukkan imej makanan di tengah-tengah gambar. Ini
memberikan keseimbangan terhadap ruang kiri dan kanan, dan ruang atas dan bawah
kerana pemberatan imej hanya ada ditengah-tengah. Oleh itu, keseimbangan yang
terdapat dalam gambar tersebut dapat memberikan keseragaman dalam gambar supaya
nampak lebih kemas dan menarik.
iii.
Gambar
3
Elemen: Keseimbangan
Tema: Produk Wangian
Huraian: Gambar tersebut mengetengahkan eleman keseimbangan. Walaupun
terdapat kesemua elemen asas grafik pada gambar ini, tetapi gambar yang
dipaparkan lebih memberatkan kepada elemen keseimbangan. Hal ini dikatakan
demikian kerana, penggunaan ruang kiri dan kanan serta atas dan bawahnya adalah
sama ataupun seimbang. Susunan setiap botol wangian juga kelihatan seimbang dan
teliti.
iv.
Gambar
4
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Gambar ini menekankan
elemen keseimbangan dalam menyampaikan mesej. Hal ini kerana, penggunaan ruang
yang sangat padat bersesuai dengan watak yang ada dalam gambar. Keseimbanggan
menyusun watak 4 batang Rolls, 3 pek Super Crunch, 8 biji gula-gula untuk
memenuhi pinggan sangat kreatif. Penggunaan ruang kiri kanan dan ruang atas
bawah juga sangat seimbang serta dapat menarik tumpuan orang ramai terhadap
mesej yang ingin disampaikan. Oleh itu, gambar ini seimbang kerana penggunaan
ruang yang maksimum dapat menyapaikan mesej kepada orang ramai.
v.
Gambar
5
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik
keseimbangan. Hal ini kerana pemberatan dalam gambar tersebut seimbang. Dalam
gambar tersebut, ruang kiri dan ruang kanan foto mempunyai ruang kosong yang
sama. Kedudukan biskut di tengah-tengah piring dapat mengimbangi seluruh ruang
kosong di dalan foto tersebut. Margin atas dan bawah dalam foto tersebut juga
sama dan seimbang.
vi. Gambar 6
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pengalaman
Huraian: Gambar pemandangan di atas menunjukkan elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana, luas langit di bahagian ruang atas foto bersamaan dengan luas jalan raya di bahagian ruang bawah foto. Selain itu juga, pemberatan pada bahagian langit diperlihatkan dengan kepulan-kepulan awan berwarna putih, manakala, bahagian jalan raya pula diperlihatkan dengan garis-garis melintang berwarna putih. Papan nama universiti, iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris’ juga, terlihat sangat seimbang kerana diletakkan pada bahagian tengah-tengah foto dengan latar beberapa buah pohon yang ikut menonjol. Di bahagian sebelah kanan, seseorang akan terfokus pada imej bangunan, manakala di bahagian sebelah kiri pula, seseorang akan terfokus pada imej gunung.
vii. Gambar 7
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Huraian: Pemandangan langit yang seimbang antara awan
dan pokok menunjukkan susun atur yang kemas bagi sesebuah gambar. Jumlah awan
pada langit dan jumlah pokok menunjukkan keseimbangan yang nyata. Gambar ini mampu
mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihat. Gabungan warna yang seimbang
menyejukkan lagi mata yang memandang.
viii. Gambar 8
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan
Huraian: Gambar ini dipilih
sebagai elemen keseimbangan. Hal ini demikian kerana gambar ini makanan itu
terletak betul-betul di bahagian titik fokus kamera. Warna juga memainkan
peranan yang penting dalam gambar ini di mana warna putih menjadi perantaraan
dengan warna latar dan warna subjek. Oleh itu, keseimbangan dalam gambar ini
bermula dari tengah titik fokus kamera.
ix.
Gambar
9
Elemen: Keseimbangan
Tema: Makanan segera
Huraian: Gambar yang diambil ini sangat seimbang dan
menarik perhatian khususnya pada bahagian warna. Tetapi, susunan yang sama dan
seimbang diantara bahagian kiri dan juga kanan menjadikan objek kelihatan lebih
lengkap, teratur dan sempurna. Secara tidak langsung, susunan makanan di dalam
gambar ini merupakan daya tarikan pertama yang dilihat oleh orang. Maka
jelaslah, gambar ini menunjukkan elemen keseimbangan.
x.
Gambar 10
Elemen: Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Huraian: Gambar di atas
menjelaskan elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana setiap ruang
seperti ruang atas, bawah, sebelah kanan, dan sebelah kiri gambar diseimbangkan
dengan imej objek di pantai. Terdapat latar belakang imej bukit di sebelah kiri
gambar dan diseimbangkan dengan imej bukit di sebelah kanan gambar. Di posisi
hadapan gambar pula, kewujudan batu-batuan di sebelah kiri gambar diseimbangkan
dengan batu-batuan dan deruan ombak perlahan di sebelah kanan gambar
menyebabkan gambar kelihatan seimbang. Hamparan imej awan putih di bahagian
atas gambar pula diseimbangkan dengan imej batu-batuan di di persisiran pantai.
Ketua: Nur Suraya binti
Sulaiman (204114)
Penolong: Siti Fairuz
binti Samsudin (203302)
No comments:
Post a Comment