ASAS GRAFIK - KESESUAIAN (INTERNET) - TAMING SARI
Elemen : Kesesuaian (Internet)
Tema : Minuman
Huraian : Gambar ini cukup menarik dengan kobinasi elemen grafik yang
bersesuaian. Hal ini
kerana, penggunaan latar yang gelam mampu menonjolkan watak secawan kopi.
Kehadiran watak biji kopi dalam gambar mengukuhkan lagi penyampaian mesej dalam
grafik kerana ia bersesuiaan dengan maklumat yang ingin disampaikan. Oleh itu,
gambar ini mengngetengahkan elemen kesesuaian untuk menarik perhatian orang
ramai.
Rujukan : 1363093415_8057.jpg (350×350) (dreamlair.net)
Elemen : Kesesuaian
Tema : Minuman
Huraian : Gambar di atas menunjukkan elemen asas grafik
kesesuaian. Hal ini kerana gambar tersebut memaparkan tiga orang atlet yang
sedang berlari. Kehadiran effect imej
juga meningkatkan lagi kadar tenaga yang digunakan oleh atlet tersebut semasa
berlari. Produk minuman Milo sememangnya terkenal dengan slogannya, iaitu
sebagai minuman membekalkan tenaga. Penggunaan imej atlet tersebut sesuai
dengan tulisan di bahagian atas gambar tersebut, iaitu ‘Energy to Go Further Every Day’.
Rujukan : https://images.app.goo.gl/yniUxodQvb8XNTpc9
Elemen : Kesesuaian
Tema : Minuman
Huraian : Elemen yang paling menonjol dalam foto di atas ialah
elemen
kesesuaian. Hal ini kerana, minuman yang ingin
dipromosikan berlatar belakangkan bahan-bahan yang dapat menjelaskan rasa
minuman tersebut. Limau dapat menggambarkan perisa dan ais pula dapat mengambarkan
kesegaran dan sejuk terhadap minuman tersebut. Keseluruhannya, kesemua bahan
yang digunakan sangat bersesuaian antara satu sama lain dan dapat memberi
pemahaman yang jelas dan secara menyelurh tentang minuman tersebut.
Rujukan : https://www.behance.net/gallery/31355485/7up-Limoneto
Elemen :
Kesesuaian
Tema :
Pencuci mulut
Huraian :
Elemen
kesesuaian yang dimasukkan dalam gambar tersebut sesuai
dengan latar yang digunakan.
Ini disebabkan perkataan “Chocolate”
dalam gambar tersebut memberikan kesesuaian kepada imej coklat yang terdapat
dalam gambar tersebut. Selain itu, warna coklat dan warna putih yang digunakan
juga sesuai dengan tulisan yang mengatakan “chocolate
& milk”. Oleh itu, gambar tersebut dapat menyampaikan mesej dengan
berkesan tanpa sebarang kekeliruan.
Rujukan : https://images.app.goo.gl/x22KA9qErkuV8oWP8
Elemen : Kesesuaian
Tema : Makanan
Huraian : Gambar tersebut
mengetengahkan eleman kesesuaian. Hal ini
dikatakan demikian kerana,
gambar tersebut mempunyai kombinasi yang sesuai. Berdasarkan gambar ini juga,
kesesuaian dapat dilihat melalui di antara gabungan dari segi gambar makanan
dengan teks. Malah, untuk gambar air pula juga mempunyai gabungan yang sesuai
dengan teks pada bahagian depan gelas tersebut.
Rujukan : https://www.mcdonalds.com.my/nasilemakburger
Elemen : Kesesuaian
Tema : Makanan
Huraian : Elemen yang paling menonjol dalam gambar di atas ialah
elemen
kesesuaian. Hal ini
kerana, foto pizza dilatari dengan bahan masakan, seperti sayur-sayuran,
rempah, serta kain lap yang terlihat masih lagi berkecah dan tidak rapi.
Suasana ini jelas menunjukkan latar tempat dapur yang selalunya digunakan untuk
memasak makanan seperti pizza. Oleh itu, sangat jelas bahawa elemen kesesuaian
diifokusan di dalam gambar ini untuk menarik perhatian penonton.
Rujukan : https://www.sandraseasycooking.com/2019/07/easy-tuna-pizza.html
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pakaian
Huraian :Grafik tersebut menunjukkan elemen kesesuaian. Dalam
grafik tersebut, item yang difokuskan adalah kasut sukan. Grafik tersebut
memberikan maksud bahawa kasut sukan jenama itu sesuai untuk pelbagai jenis
sukan. Selain itu, latar masa dalam grafik tersebut sesuai dengan watak iaitu
watak tersebut bersukan pada waktu petang.
Rujukan : http://a.did.as/6009E5CnF
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pakaian
Huraian : Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik kesesuaian.
Hal ini
kerana iklan Nike tersebut mengandungi gambar dua orang
watak yang berpakaian sukan dan berkasut sukan. Gambar tersebut sangat sesuai
dengan iklan kasut kerana mereka memasukkan gambar dua orang watak memakai
pakaian sukan untuk mempromosikan kasut sukan keluaran syarikat tersebut. Oleh
itu, seseorang akan memahami bahawa iklan tersebut merupakan iklan kasut sukan.
Rujukan : https://images.app.goo.gl/kQGRraRYWhGDP8jW6
.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Kesihatan
Huraian : Elemen kesesuaian diketengahkan dalam gambar ini. Gambar
ini
menunjukkan gambaran dari dalam mulut pesakit yang
berjumpa doktor gigi. Gambar ini menepati kehendak tema iaitu kesihatan. Maka,
elemen yang ditonjolkan oleh gambar ini ialah elemen kesesuaian.
Rujukan : https://i.pinimg.com/564x/ed/93/49/ed934942601ca45b64681866db786a46.jpg
Elemen : Kesesuaian
Tema : Suasana di kampung
Huraian : Watak tiga budak lelaki yang sedang berlari sambil
bermain wau di
sawah padi dalam gambar di atas adalah bersesuaian dengan
temanya iaitu suasana di kampung. Berlatarkan sawah padi yang menghijau, jelas
menunjukkan suasana di kampung. Tiga budak lelaki kelihatan riang tertawa. Ini
menunjukkan suasan kampung yang sebenar.
ASAS
GRAFIK-KESESUAIAN (AMBIL SENDIRI)-TAMING SARI
Elemen : Kesesuaian
Tema : Haiwan Peliharaan
Huraian : Gambar tersebut
mengetengahkan eleman kesesuaian. Walaupun
terdapat kesemua elemen asas
grafik pada gambar ini, tetapi gambar yang dipaparkan lebih memberatkan kepada
elemen kesesuaian. Hal ini dikatakan demikian kerana, berdasarkan kombinasi di
antara gambar kucing dan teks yang mewakili nama kucing sebagai Si Tompok.
Selain itu, kesesuaian dari segi latar belakang yang mampu memberikan fokus
kepada objektif gambar yang ingin disampaikan.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Kedai
minuman
Huraian : Gambar
ini cukup menarik dan bersesuaian. Hal ini kerana, penggunaan
latar tempat yang mampu menonjolkan watak kedai minuman
GoTCHa tersebut. Kehadiran watak wanita yang sedang duduk dan minum di sebuah
meja dapat penyampaian mesej bahawa ia merupakan sebuah kedai minuman. Oleh
itu, gambar ini menggunakan elemen kesesuaian untuk menarik perhatian orang
ramai.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pemandangan
Huraian :.Gambar diatas jelas menunjukkan elemen kesesuaian dalam
elemen
asas grafik. Hal ini
kerana, latar masa dan latar tempat jelas
menunjukkan suasana yang tepat untuk beriadah pada waktu
petang. Tambahan juga, latar watak utama dalam gambar, iaitu kanak-kanak sedang
bermain belon, sangat menepati aktiviti yang dilakukan oleh sekumpulan
kanak-kanak apabila beriadah. Oleh itu, sangat jelas bahawa elemen kesesuaian
diifokusan di dalam gambar ini untuk menarik perhatian penonton.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Aktiviti riadah
Huraian : Elemen asas grafik yang paling menonjol di dalam foto di
atas ialah
elemen kesesuaian. Hal ini kerana, jika seseorang melihat
keseluruhan foto ini, pasti mereka akan dapat memahami bahawa dua orang watak
di dalam foto sedang melakukan aktiviti mendaki gunung. Hal ini kerana, penampilan watak yang
berpakaian t-shirt, berseluar tracksuit dan berkasut sukan sangat
bertepatan untuk aktivit luar. Bahan-bahan yang ditunjukkan, seperti tuala
kecil,kayu dan beg kecil untuk membawa bekalan minuman juga, jelas bersesuaian
dengan aktiviti mendaki gunung. Selain itu, latar tempat juga menunjukkan
suasana di dalam hutan dengan jalan yang bertar dan juga jalan yang bertanah,
yang mana sangat sesuai untuk aktiviti mendaki gunung. Begitu juga, latar waktu pagi yang ditunjukan
di dalam foto di atas, sangat bersesuaian dengan aktiviti mendaki gunung yang
selalunya di lakukan pada sebelah pagi.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pemandangan
Huraian : Gambar di atas mempunyai elemen kesesuaian. Hal ini
kerana foto
tersebut memperlihatkan seorang bapa dan anak kecil
sedang bermain di gigi pantai. Gambar ombak kecil dan laut serta langit cerah
menunjukkan suasana waktu petang. Oleh itu, teks “Suasana Pantai” sangat sesuai
dengan watak dan suasana dalam foto tersebut. Setiap watak dalam foto tersebut
juga bersesuaian antara satu sama lain.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pemandangan
Huraian : Elemen yang diketengahkan bersdasarkan gambar ini ialah
elemen
kesesuaian. Berlatarkan laut dan langit yang terbentang
luas, bot-bot di atas air menjelaskan bahawa gambar ini terletak di Kawasan pantai.
Manakala warna biru langit dan pantulan warna langit di permukaan air
menyerlahkan tema ketenangan. Oleh itu, warna dan objek di dalam gambar
menjelaskan gambar ini tergolong dalam elemen kesesuaian.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pemandangan
Huraian : Gambar di atas menunjukkan elemen asas grafik
kesesuaian. Hal ini kerana terdapat imej tiga orang figura yang sedang
menikmati pemandangan waktu senja di persisiran pantai. Pemandangan pada waktu
senja ini juga menimbulkan elemen kesesuian kerana terdapat elemen warna biru
langit dan laut yang mewujudkan susasana redup serta tenang. Imej persisiran
pantai dengan kesan tapak kaki dan ombak yang berombak perlahan juga
menghasilkan elemen kesesesuaian kerana ia menandakan orang ramai menikmati
pemandangan laut di persisiran pantai.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pemandangan
Huraian :
Imej tersebut menunjukkan elemen kesesuaian. Dalam imej tersebut
terdapat sekumpulan wanita sedang berdiri di dalam air di
pantai. Mereka mendepakan tangan dengan gembira kerana merasakan angin pantai
yang bertiup pada waktu petang. Oleh itu, imej tersebut lebih mengetengahkan
elemen kesesuaian kerana aktiviti yang dilakukan adalah bersesuaian dengan
latar tempat serta latar masa ketika itu.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Pemandangan
Huraian : Gambar awan, langit, pokok dan matahari terbenam
memberikan
elemen kesesuaian dalam gambar
tersebut. Ini disebabkan ayat “suasana matahari terbenam” dalam gambar tersebut
memberikan kesesuaian kepada imej matahari terbenam dan langit yang berwarna
jingga yang terdapat dalam gambar tersebut. Selain itu, warna langit yang
berwarna jingga, dan warna pokok yang kelihatan gelap yang digunakan sesuai
dengan tulisan yang mengatakan “suasana matahari terbenam” yang menunjukkan
hari sudah gelap. Oleh itu, gambar tersebut dapat menyampaikan mesej dengan
berkesan tanpa sebarang kekeliruan.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Suasana senja
Huraian : Bumbung rumah dan pokok yang gelap berserta matahari
yang
menunggu masa untuk melabuhkan tirai sementara menunggu
bulan memunculkan diri adalah gambaran sebenar suasana senja yang indah.
Berlatarkan langit gelap, pokok yang besar dan bumbung rumah yang tidak
kelihatan warnanya. Pemandangan ini memberi seribu satu rasa buat mereka yang
memandang. Suasana senja sebegini amat diminati.
KETUA
KUMPULAN : NORAISAH BINTI MASRI (203307)
PENOLONG KETUA : NUR AMIRAH BINTI ISHAK (203942)
No comments:
Post a Comment