Thursday

BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 

Asas grafik merupakan satu konsep yang penting mengenai perkara asas yang perlu diketahui dan difahami oleh segenap masyarakat yang berminat dalam bidang seni seperti yang berkaitan dengan penggunaan kamera dan video. Malahan, apa-apa yang berkaitan dengan grafik juga memerlukan ilmu mengenai asas grafik. Secara amnya, asas grafik mempunyai beberapa elemen iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Kelima-lima elemen ini saling berhubung kait dalam membentuk satu grafik yang sempurna. Dalam pemilihan foto dan video, asas grafik sangat diperlukan bagi memastikan penyampaian mesej dapat simpaikan dalam bentuk grafik.

Elemen Asas Grafik:

1.       Mudah - Merupakan satu elemen yang diertikan sebagai sesuatu grafik yang mudah untuk difahami. Sekiranya penyampaian sesebuah grafik tersebut dalam bentuk foto ataupun video, mesej yang disampaikan mudah untuk dikenalpasti tanpa sebarang percanggahan idea.

 

2.       Warna - Merupakan elemen yang memberi fokus kepada pemilihan ataupun kombinasi sesebuah warna. Dalam asas grafik, penggunaan warna biasanya tidak melebih tiga jenis warna bagi mewujudkan keseragaman dalam grafik sama ada dalam bentuk foto atau grafik. Namun, ada juga pemilihan satu warna sahaja yang digunakan. Hal ini kerana ianya bergantung kepada objektif sasaran masing-masing.

 

3.       Teks - Bermaksud satu elemen yang berperanan untuk menyampaikan mesej dalam bentuk tulisan. Teks juga merangkumi saiz dan jenis font yang digunakan dalam memaparkan sesuatu mesej sama ada dalam bentuk foto atau video. Penggunaan asas grafik ini sangat penting bagi memudahkan orang lain untuk memahami mesej yang disampaikan.

 

4.       Kesesuaian - Bermaksud satu elemen yang berkaitan dengan latar. Latar yang dimaksudkan ialah latar tempat, latar masa atau latar watak yang terkandung dalam sesebuah foto atau video. Kesesuaian merupakan elemen yang penting untuk memastikan grafik itu kelihatan selari dengan beberapa elemn yang lain.

 

5.       Keseimbangan - Bermaksud ruang. Elemen ini sangat menitikberatkan mengenai ruang di bahagian bawah atau atas serta ruang kiri dan kanan bagi sesuatu grafik yang ditunjukkan. Penggunaan setiap ruang dapat memberi kesan kepada keseimbangan sesuatu grafik.

 

Rujukan: Normaliza Abd. Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM. Serdang




No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini merupakan posting bagi menyenaraikan tajuk tugasan sepanjang mengikuti kuliah kursus BBM3410 Multim...