Thursday

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

PENDEKATAN ANALISIS WACANA

PRA-ANDAIAN

EMOSI

NILAI DAN BUDAYA

BAHASA

INFERENS

1. Intuisi

2. Konteks

·  Penerimaan/Penafian

·  Keperluan

·  Perujukan

·  Anafora

·  Pengulangan

·  Kekaburan

·  Penegasan

1. Positif

2. Negatif

3. Emosi bercampur

· Perangai

· Personaliti

· Mood

· Motivasi

1. Diri

2. Masyarakat

3. Adat

· Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

· Berdikari, hemah, tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan.

· Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat.

· Keadilan, kebebasan, rasional

1. Bahasa pertama/kedua/ketiga

2. Formal/tidak formal

3. Kesalahan bahasa

4. Linguistik

1. Rumusan keseluruhan

2. Rumusan topik perbincangan

3. Penutup kata

 

Sumber: Normaliza Abd Rahim (2009). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Penerbit UMT, Kuala Nerus.

 

Pra andaian merupakan satu langkah yang perlu dilakukan sebelum memulakan hujah atau tindakan. Pra andaian juga terdiri daripada dua aspek analisis iaitu intuisi dan konteks. Intuisi bermaksud kemampuan seseorang untuk memahami sesuatu perkara tanpa melalui pemikiran rasional. Manakala bagi konteks pula bermaksud aspek penerimaan dan penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan serta penegasan.

 

Emosi pula ialah perasaan yang wujud dalam diri seseorang akibat daripada keadaan sekeliling atau atas sebab-sebab tertentu. Emosi ini juga berlaku disebabkan ransangan sama ada dalam diri atau pun dari luar. Terdapat dua jenis emosi iaitu emosi positif, emosi negatif dan emosi bercampur. Emosi digambarkan melalui perangai, personaliti, mood, dan motivasi.

 

Nilai dan budaya tercetus dari tiga aspek iaitu diri, masyarakat dan adat. Nilai dan budaya sangat penting dalam membentuk sebuah negara yang bertamadun dan bertauliah. Malah, konsep ini dikatakan mempunyai perkaitan dengan nilai dalam falsafah pendidikan negara.  Contoh nilai yang digambarkan ialah jujur, ikhlas, kasih sayang, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kerjasama, semangat masyarakat, keadilan, kebebasan dan rasional.

Bahasa terdiri daripada bahasa pertama, kedua dan ketiga. Kebiasaannya, bahasa pertama digunakan dalam bidang rasmi. Selain itu, bahasa juga mempunyai beberapa jenis iaitu seperti bahasa formal dan bahasa tidak formal. Kedua-dua jenis bahasa ini sering digunakan bagi memudahkan komunikasi antara satu sama lain dilakukan. Malah, kesalahan dalam setiap bahasa akan dikenalpasti bagi menampakkan ianya lebih kritis.

 

Inferens pula ialah satu konsep yang dianalisis daripada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Setiap aspek tersebut akan dihuraiankan dengan lebih mendalam lagi.




No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini merupakan posting bagi menyenaraikan tajuk tugasan sepanjang mengikuti kuliah kursus BBM3410 Multim...