BAHAN UNTUK ASAS GRAFIK
Rujukan: Normaliza Abd. Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Bunting/Banner
Bunting atau banner merupakan salah satu bahan
asas grafik yang sering digunakan untuk mempromomosikan sesuatu barangan atau
produk. Bunting atau banner sering menjadi pilihan para syarikat untuk
mempromosikan barang mereka kepada orang ramai. Hal ini kerana, bunting atau
banner biasanya berada di tepi jalan atau dihadapan kedai-kedai sebuah syarikat
untuk mempromosikan barang mereka. Banner di atas merupakan salah satu contoh
banner yang sangat menarik kerana menggabungkan lima elemen grafik yang sesuai
untuk mempromosikan kasut tersebut. Banner tersebut menggunakan elemen mudah,
teks, warna, kesesuaian dan keseimbangan untuk menyampaikan mesej kepada orang
ramai. Kombinasi kelima-lima elemen ini sangat menarik kerana mesej yang ini
disampaikan dengan jelas. Banner ini juga menekankan elemen mudah kerana
kehadiran watak kasut ini memudahkan orang ramai memahami mesej yang
disampaikan dengan mudah. Oleh itu, penghasilan bahan asas grafik perlu
menepati elemen asas grafik agar mesej yang disampaikan dapat difahami.
Pamphlet
juga dikenali sebagai brochure ataupun risalah yang membawa maksud, buku kecil
yang diterbitkan bagi meningkatkan imej sesuatu organisasi atau kumpulan.
Biasanya, buku ini mempunyai halaman hadapan yang menarik. Seperti imej di
atas, pamphlet tersebut jelas menarik
dengan penggunaan warna yang terang, fonts dan saiz teks yang bersesuaian,
serta menepati kesesuaian dan keseimbangan dalam elemen asas grafik. Elemen utama
yang diketengahkan di dalam pamphlet di atas ialah elemen warna. Pemilihan
warna hitam sebagai warna latar dapat menonjolkan warna imej dan teks yang
terang pada pamphlet tersebut. Corak seakan-akan coretan warna lukisan yang
berwarna-warni dipilih bagi menyampaikan mesej warna-warna kasut yang
disediakan oleh syarikat berkenaan. Jenama kasut, tagline, alamat website serta
no telefon yang berwarna putih pada
latar hitam menjadi lebih jelas dan memudahkan seseorang itu, untuk mendapatkan
maklumat mengenai syarikat tersebut. Teks '50%' yang bersaiz besar dan berwarna
terang dapat menyampaikan mesej secara langsung kepada seseorang yang melihat
pamphlet ini. Kesesuaian dalam pemilihan warna
dititikberatkan agar pamphlet kelihatan cantik serta mesej mengenai
kasut dapat disampaikan dengan baik.
Poster merupakan karya seni
atau reka bentuk grafik yang memuat komposisi gambar dan huruf di atas kertas
berukuran besar. Fungsi poster ini adalah untuk memudahkan satu agensi atau
syarikat perniagaan membuat promosi jualan dengan mudah. Berdasarkan poster
yang dipaparkan, ianya telah memenuhi kelima-lima elemen asas grafik seperti
elemen mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Penerapan setiap asas
grafik pada poster ini mampu membentuk satu poster yang dapat menepati
objektifnya. Namun begitu, elemen yang paling menyerlah pada poster tersebut
ialah elemen mudah. Hal ini kerana, poster tersebut mudah difahami objektifnya
iaitu penggunaan gambar kasut sukan. Majoriti bagi yang membaca poster ini akan
mudah memahami poster yang diberikan.
Gambar
Billboard
Billboard atau papan iklan merupakan struktur
iklan luar yang besar, biasanya papan iklan terdapat di kawasan lalu lintas
yang sibuk seperti di tepi jalan raya dan lebuh raya. Papan iklan ini dipasang
untuk menunjukkan iklan atau promosi produk sesuatu syarikat kepada orang ramai
atau pemandu yang melalui jalan tersebut. Seterusnya, keadaan fizikal papan
iklan yang besar dan tinggi serta mempunyai elemen asas grafik akan memudahkan
orang ramai melihat dengan jelas dan memahami mesej yang hendak disampaikan
oleh sesuatu syarikat tentang produk keluaran mereka. Papan iklan tersebut
menarik kerana menepati elemen-elemen asas grafik, iaitu elemen mudah, elemen
warna, elemen teks, elemen kesesuaian dan elemen keseimbangan dalam menghasilkan
papan iklan. Kombinasi kelima-lima elemen pada papan iklan tersebut sangat
penting untuk menyampaikan mesej dan maklumat yang jelas kepada orang yang
melihatnya. Namun pemberat elemen asas grafik dalam papan iklah tersebut ialah
elemen teks. Hal ini kerana jenis, saiz dan warna font yang dipilih
sangat sesuai dan ia memudahkan seseorang untuk membaca teks tersebut dengan
sekali pandang semasa di atas jalan raya. Seterusnya, pemandu kereta juga dapat
membaca teks pada papan iklan tersebut dengan jelas semasa memandu.
Tujuan
video ini adalah untuk mempromosikan item kasut terbaharu jenama NeoZone.
Terdapat tiga jenis warna yang dikeluarkan oleh NeoZone iaitu warna “Blueish”,
“Orangee” dan “Rainbow”. Berdasarkan video tersebut, terdapat 5 elemen asas
grafik iaitu mudah, warna, teks, keseimbangan dan kesesuaian. Namun begitu,
elemen yang diketengahkan oleh video tersebut ialah elemen warna. Warna latar
belakang video yang gelap menyerlahkan lagi warna kasut-kasut sukan yang terang.
Tambahan pula, sekiranya seseorang melihat video tersebut, maka, mereka akan
tertarik dan fokus kepada imej kasut yang dipaparkan. Warna yang terang dan
neon akan menarik minat pembeli untuk melihat kasut sukan tersebut. Maka objektif peniaga untuk menarik minat
pembeli terhadap kasut sukan tersebut berhasil.
No comments:
Post a Comment