Friday

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

CREDIT BY: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

LINK: https://youtu.be/-h5hlplln24


Berdasarkan Rancangan Sembang Tamu: Celik Bahasa Isyarat yang telah dianjutkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, banyak ilmu yang baharu telah dapat dipelajari dan diperolehi. Selain itu, berdasarkan perkongsian yang disampaikan oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim juga, saya sebagai pendengar terinspirasi dengan segala perkongsiannya mengenai bahasa isyarat. Tajuk penceritaan yang disampaikan oleh beliau ialah Celik Bahasa Isyarat. Pelbagai pengajaran yang dapat saya perolehi juga daripada beliau kerana beliau dapat mempelajari bahasa isyarat hanya dalam tempoh masa dua bulan sahaja. Malah, platform untuk pembelajaran bahasa isyarat tersebut hanya dibatasi di Twitter sahaja. Kesungguhan beliau dalam mendalami ilmu bahasa isyarat sangatlah tinggi. Walaupun umurnya sudah mencecah 65 tahun, semangat belajar beliau dapat dicontohi oleh saya sebagai seorang pelajar. Selain itu, perkongsiannya juga dirincikan kepada usahanya mempelajari bahasa isyarat bermula di rumah sahaja. Walaupun segelintir masyarakat tidak mengambil berat mengenai pengetahuan tentang bahasa isyarat, tetapi bahasa ini sangat penting untuk dipelajari. Hal ini dikatakan demikian kerana sekiranya kita dapat menguasai bahasa isyarat, jurang komunikasi dengan orang sangat besar. Ianya dapat dimaksudkan dengan mudah untuk kita berkomunikasi dengan golongan istimewa. Tidak semua masyarakat biasa yang mampu menguasai bahasa isyarat.Oleh itu, perkongsian daripada Prof. Dr. Normaliza ini sangat bermakna dan terinspirasi kepada golongan masyarakat supaya lebih memahami pengertian mempelajari bahasa isyarat itu adalah penting.


KEHADIRAN MINGGU 3 AMALI


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini merupakan posting bagi menyenaraikan tajuk tugasan sepanjang mengikuti kuliah kursus BBM3410 Multim...