Assalamualaikum. Selamat malam kawan-kawan ku. Untuk malam yang sepi dan tenang ni, berkait sangat dengan tentang posting saya. Prof arahkan kami untuk buat posting mengenai sepi di instagram harini. Rmaia rakan-rakan menggunakan bahasa dan kreatif mereka untuk mberkongsi mengenai sepi di laman sosial masing-masing. Selamat membaca ya semua!
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putrra Malaysia.
VIDEO TEMU BUAL
LINK VIDEO: https://youtu.be/OZ8qS0jvbrI
Assalamualaikum. Apa khabar pengunjung blog saya? Sihat tak? Hari ini saya nak kongsikan kepada semua satu video temu bual. Dalam video temu bual ni, saya juga memainkan peranan sebagai seorang yang menemu bual kepada pihak kedua. Pelakon tambahan juga terlibat dalam video temu bual ini. Nama pelakon tambahannya adalah Nur Izzati Binti Hassan. Tajuk temu bual yang saya buat ialah Budaya Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Debak. Untuk pengetahuan semua, temu bual adalah satu proses di mana berlakunya proses pertanyaan antara pihak kedua. Segala maklumat yang dikongsikan oleh orang yang ditemu bual sangat berguna untuk dijadikan sebagai tambahan maklumat. Jika ada kelapangan masa, bolehlah jenguk video temu bual saya tu. Mana tahu dapat menarik perhatian semua mengenai budaya di Debak. Hehe. Selamat Menonton ya!
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Terengganu Malaysia.
VIDEO RESENSI BUKU
LINK VIDEO: https://youtu.be/HujJRkVH4vk
Assalamualaikum. Salam sejahtera. Untuk posting hari ini, saya akan kongsikan video resensi buku. Dalam video ini, saya akan menerangkan tentang buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Sehubungan itu, saya juga menerangkan serba sedikit mengenai kandungan dalam buku Kajian Wacana ini. Sepanjang tempoh pembelajaran bagi kursus Multimedia Dalam Bahasa, buku ini sangat membantu kami sebagai pelajar untuk dijadikan sebagai rujukan semasa melakukan sesuatu tugasan dan memahami setiap teori yang terkandung dalam buku tersebut. Untuk yang lebih lanjut, korang bolehlah tengok video di atas. Selamat menonton.
Hai selamat pagi semua! Untuk posting hari ini saya akan kongsikan setiap posting daripada saya sendiri dan rakan sekelas mengenai suasana. Pelbagai suasana yang dikongsikan oleh kami semua. Kebanyakkanny, ramai yang merindui suasana di Universiti Putra Malaysia. Semenjak Covid-19 semakin menjadi-jadi ni, memang tak kesampaian lah nak jumpa rakan sekelas. semoga bumi kita cepat sembuh dan bebas dari Covid-19 ni. InshaAllah amin!
Hai. Assalamualaikum pengunjung setia blog ku. Bagi yang baru tengok blog saya ni, selamat berkenalan. Untuk perkongsian kali ini pulak, saya nak kongsikan mengenai Rancangan Sembang Tamu yang saya layari semalam. Rancangan ini bertajuk Misteri Kopi. Misteri Kopi ni disampaikan oleh Dr. Siti Nur Aliaa Roslan. Petah orangnya berkata-kata. Sepanjang rancangan ni berlangsung, banyak manfaat yang dikongsikan oleh beliau. Sehubungan itu, Dr. Aliaa menceritakan jenis-jenis kopi yang diminatinya. Bahkan, bukti beliau minat dengan kopi sehinggakan belia sanggup membeli mesi pembancuh kopi sendiri ya kawan-kawan! Sepanjang rancangan ni berlangsung jugak, beliau ada selitkan video rakamannya membancuh kopi dengan menggunakan mesin pembancuh kopi tersebut. Banyak lagi perkongsian yang diceritakan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, korang bolehlah klik link yang saya selitkan di atas.
RANCANGAN SEMBANG TAMU: DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI
KREDIT: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
LINK: https://www.youtube.com/watch?v=zNx2BjyJmlA
Hai! Assalamualaikum. Salam Sejahtera kepada pengunjung blog saya. Untuk posting kali ini, saya akan berkongsi mengenai Sembang Tamu yang saya hadiri semalam yang bertajuk Drama Korea: Realiti Atau Fantasi. Sejujurnya lah kan, saya ini bukanlah seorang yang peminat tegar dengan drama-drama Korea. Namun begitu, saya turut seronok mendengar perkongsian yang diceritakan oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim sepanjang sembang tamu ini berlansung. Beliau mengatakan bahawa semasa zaman sekolah rendahnya, beliau banyak menghabiskan masanya dengan menonton drama Korea. Hampir ke tengah malam Prof melayan drama Korea pada umurnya 11 tahun. Selain itu, perkongsian dalam sembang tamu ini juga menyentuh mengenai beberapa drama Korea yang mendapat sambutan yang hangat daripada penonton. Contohnya ialah seperti Move To Heaven dan Vicenzo.
Bukti bahawa saya menghadiri sembang tamu yang bertajuk Drama Korea: Realiti Atau Fantasi - Amira Hamiza.